Labuan Bandar Kecilku

Karya: Norgadis Labuan

Labuan bandar kecil
tak seluas bandar raya Kucing
tak sebesar bandar raya Kota Kinabalu
namun
cukup untuk mencipta nama besar dan harum
meski
bandarnya tak sebesar namanya.

Labuan bandar kecilku
milik ibu tunggal yang lantang bersuara
milik suri yang bersuara dimeja mesyuarat
milik para ibu yang melahirkan anak cendiakawan
milik para duda yang kuat imannya
milik para ayah yang melihat anaknya berjaya
milik para usahawan pencinta bangsa
milik penghuni Labuan
yang meletak nama di menara antarabangsa.


ANTOLOGI PUISI DIALOG TELUK VI 2008 – LAMBAIAN TELUK

0 ulasan: