Bingkisan Aidilfitri

 Karya: Norgadis Labuan


Waktu berdetik irama beralun lembut
Ramadhan berlalu penuh keinsafan
bertapa kerdilnya diri
disamping Dia yang maha pengasih lagi penyayang.

Kini
irama Aidilfitri menjelang tiba
anak-anak belari keriangan     
bersama pakaian serba baru yang mengasyikan.

Disana sini terdengar riuh rendah
jabat disambut penuh mesra
sambil kunjung mengunjung sanak saudara
tanda kemenangan melalui bulan mulia.

Pusara di Aidilfitri sedikit tidak dilupa
untuk menyedarkan bahwa kita bakal ke sana

menemui Allah yang maha berkuasa.



Tersiar di Labuan FM 09 Ogos 2013

Kehilangan Di Aidilfitri

Karya: Norgadis Labuan

Aidilfitri ini
tidak sama
seperti aidilfitri yang lalu
meski tetap berpakaian baru
hidangan raya sama disedia
namum
aidilfitri kali ini aku merasa kehilangan.

Aidilfitri tahun dahulu
seawal pagi lagi
aku mencium tangan mama memohon keampunan
memeluknya dengan penuh kasih sayang
tapi sekarang
aku hanya mampu menziarahi pusaranya
mengusap nisan miliknya
dan menghadiahkan A-Fatihah buatnya.

Luruh hatiku ini
bertapa aidilfitri ini
aku merasa kehilangan
aku merasa kekurangan
tanpa pelukan mama
tanpa ciuman mama
dipagi aidilfitri.

Aku rindu padamu mama
tunggulah aku di mahligaimu
aku pasti akan datang
dan aku pasti akan menemanimu nanti
bersama bidadari-bidadari syurga
yang kini menemanimu sebelum aku tiba.


Al-Fatihah buat mama. 


Tersiar di Labuan FM 09 Ogos 2013