Memaparkan catatan dengan label KOTA ASAS TAMADUN BANGSA 2002. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOTA ASAS TAMADUN BANGSA 2002. Papar semua catatan

Kotaku Kotamu Jua

Karya: Norgadis Labuan

Kotaku kotamu jua
mengubah rentak asli
pada warna warni
kerdip bebintang neon
menjamah malam sinar
bersama deretan bukit batu
dan gunung kebanggaan
yang diatasnya
terletak lima bintang
dan didadanya
terpancar nama kemegahan
diserata dunia.


PERWILA , 2002
ANTOLOGI PUISI-KOTA ASAS TAMADUN BANGSA 2002

Kota Ini

Karya: Norgadis Labuan

Kota ini, dulunya
kedai-kedai kayu berderetan
kereta dipandu jarang-jarang
motosikal lalu kadang kala
basikal mudah kelihatan
pejalan kaki tetap setia

Kota ini, saat ini
kedai batu bertingkat-tingkat
bangunan tinggi lawan berlawan
kereta pelbagai jenis
asak mengasak, insut-insut
motosikal besar kecil celah mencelah
basikal tua jarang kelihatan
pejalan kaki tetap setia


07.01.2002
ANTOLOGI PUISI-KOTA ASAS TAMADUN BANGSA 2002