MASIH BOLEH BERSAMA
Karya: Norgadis Labuan
Masih lagi kuingat
sewaktu kita berjuang
menerokai tempat ini bersama
membersih hutan belukar
agar menjadi kebun kebahagian
pembayar keletihan kita
pengubat luka yang tercalar.
Masih lagi kuingat
saat kita menyatukan anak-anak kita
di mahligai kayangan.
hasrat kita ditentang habis-habisan
kerana perbezaan
agama, bangsa dan kepercayaan.
Masih lagi kuingat
tika kita dicaci hina dan dibenci.
kita dipulaukan dan dihalau
dan akhirnya,
kita merantau bersama
sehingga sampai di pulau impian.
Masih lagi kuingat
dengan rasa susah payah
kita bangun bersama
dan mencipta sejarah
bahawa kita,
Masih boleh bersama
sebumbung
setanah
sepulau kasih
dalam erti kata
perpaduan.
Tersiar Labuan FM 9 Mac 2012
3 APRIL INI
Karya: Norgadis Labuan
Dalam
pelarian waktu yang singkat ini
dan
dikala mentari beradu di kaki langit
dan
dikala usiaku yang semakin singkat
mampukah
aku menganyam semangat
untuk
kuhampar tikar harapan
agar
aku terus bisa memeluk puteri-puteriku
dan
mengucup mesra tangan suamiku
sebelum
aku dibungkus rapi
dengan
selendang putih peneman diri
3
april ini
kulakarkan
sebuah puisi
bukan
sebagai hamba seni
bukan
jua meminta simpati
namun
aku
kini mula sedar dari kealpaan
setelah
cuba
menelaah diri
bertapa
rentetan perjalanan hidup
mula
menghimpit bersama dosa-dosa lalu
sakit
dan perit
bagai
luka berdarah merah
Dalam
pelarian waktu yang singkat ini
masih
adakah ruang untukku
menghimpun
indahnya zikrullah
melagukan
ayat-ayat suci-Mu
menggengam
mahligai iman
bersama
kejernihan air mata taubatku
sebagai
pengiring menyahut seruan-Mu.
03 April 2011
12.39 pagi
Langgan:
Catatan (Atom)