Cinta Sejati

Karya: Norgadis Labuan

Sesungguhnya kerana cinta
aku sedar dari lelap yang panjang
bersama saudara mati
yang melenakan aku
dengan mimpi khayalan semata.

Sesungguhnya kerana cinta
aku mendengar laungan merdeka
dan aku bangun lagi
untuk terus bersamamu
meski terpaksa menginjak onak dan duri
sakit, pedih, pilu
namun cinta sejati
pasti kurangkul erat
bersama kejayaan mendatang.

Sesungguhnya kerana cinta
aku kembali semula
berbekalkan semangat suci
memperjuangkan kebebasan negara
dari dinoda pertualang bangsa.

Sesungguhnya kerana cinta jua
aku rela terkorban dipenghujung perjuangan
hanya kerana
cinta sejati untuk negara.


ANTOLOGI PUISI DIALOG TELUK V 2001- TELUK PERSALAMAN

0 ulasan: