MASIH BOLEH BERSAMA


Karya:  Norgadis Labuan

Masih lagi kuingat
sewaktu kita berjuang
menerokai tempat ini bersama
membersih hutan belukar
agar menjadi kebun kebahagian
pembayar keletihan kita
pengubat luka yang tercalar.

Masih lagi kuingat
saat kita menyatukan anak-anak kita
di mahligai kayangan.
hasrat kita ditentang habis-habisan
kerana perbezaan
agama, bangsa dan kepercayaan.

Masih lagi kuingat
tika kita dicaci hina dan dibenci.
kita dipulaukan dan dihalau
dan akhirnya,
kita merantau bersama
sehingga sampai di pulau impian.

Masih lagi kuingat
dengan rasa susah payah
kita bangun bersama
dan mencipta sejarah
bahawa kita,

Masih boleh bersama
sebumbung
setanah
sepulau kasih
dalam erti kata
perpaduan.


Tersiar Labuan FM 9 Mac 2012



0 ulasan: