Kota Ini

Karya: Norgadis Labuan

Kota ini, dulunya
kedai-kedai kayu berderetan
kereta dipandu jarang-jarang
motosikal lalu kadang kala
basikal mudah kelihatan
pejalan kaki tetap setia

Kota ini, saat ini
kedai batu bertingkat-tingkat
bangunan tinggi lawan berlawan
kereta pelbagai jenis
asak mengasak, insut-insut
motosikal besar kecil celah mencelah
basikal tua jarang kelihatan
pejalan kaki tetap setia


07.01.2002
ANTOLOGI PUISI-KOTA ASAS TAMADUN BANGSA 2002