Kenapakah ?

Karya: Norgadis Labuan

Kenapakah kau berlari mengejarku di pantai
Sehingga ombak membasahi kakimu?

Kenapakah kau mengekori ke mana saja aku pergi
Sehingga hujan membasahi tubuhmy?

Kenapakah kau mencari apa yang tersimpan di hatiku
Sehingga kau sanggup menggadai meruahmu?

Kenapakah kau mahu menemuiku ketika itu
Sehingga kau sanggup mengikut kehendakku?

Kenapakah kau meninggalkanku
Setelah kau menemuiku ketika itu?
Kenapakah?


ANTOLOGI PUISI DIALOG TELUK V 2001

0 ulasan: