
Karya:
Norgadis Labuan
Aidilfitri
ini
tidak
sama
seperti
aidilfitri yang lalu
meski
tetap berpakaian baru
hidangan
raya sama disedia
namum
aidilfitri
kali ini aku merasa kehilangan.
Aidilfitri
tahun dahulu
seawal
pagi lagi
aku
mencium tangan mama memohon keampunan
memeluknya
dengan penuh kasih sayang
tapi
sekarang
aku
hanya mampu menziarahi pusaranya
mengusap
nisan miliknya
dan
menghadiahkan A-Fatihah buatnya.
Luruh
hatiku ini
bertapa
aidilfitri ini
aku
merasa kehilangan
aku
merasa kekurangan
tanpa
pelukan mama
tanpa
ciuman mama
dipagi
aidilfitri.
Aku
rindu padamu mama
tunggulah
aku di mahligaimu
aku
pasti akan datang
dan
aku pasti akan menemanimu nanti
bersama
bidadari-bidadari syurga
yang
kini menemanimu sebelum aku tiba.
Al-Fatihah
buat mama.
Tersiar di Labuan FM 09 Ogos 2013


