Kehilangan Di Aidilfitri

Karya: Norgadis Labuan

Aidilfitri ini
tidak sama
seperti aidilfitri yang lalu
meski tetap berpakaian baru
hidangan raya sama disedia
namum
aidilfitri kali ini aku merasa kehilangan.

Aidilfitri tahun dahulu
seawal pagi lagi
aku mencium tangan mama memohon keampunan
memeluknya dengan penuh kasih sayang
tapi sekarang
aku hanya mampu menziarahi pusaranya
mengusap nisan miliknya
dan menghadiahkan A-Fatihah buatnya.

Luruh hatiku ini
bertapa aidilfitri ini
aku merasa kehilangan
aku merasa kekurangan
tanpa pelukan mama
tanpa ciuman mama
dipagi aidilfitri.

Aku rindu padamu mama
tunggulah aku di mahligaimu
aku pasti akan datang
dan aku pasti akan menemanimu nanti
bersama bidadari-bidadari syurga
yang kini menemanimu sebelum aku tiba.


Al-Fatihah buat mama. 


Tersiar di Labuan FM 09 Ogos 2013

23 ulasan:

Rosmah Hj Dani berkata...

Al-Fatihah utk Allahyarhamah, terharu sangat baca puisi ini x sedar mengalir juga air mata. Tetiba teringat juga dgn arwah bapa yg telah pergi juga buat selamanya. Moga ditempatkan bersama org2 yang beriman aamiin.

Norgadis Labuan berkata...

@Rosmah Hj Dani
Puisi ini aku tulis utk arwah mama yg meninggal 14 Dis 2012. Raya tahun ni pertama kali beraya tanpa mama.

Sbb Tiger berkata...

Al-Fatihah

Bandy Md Robert berkata...

Al-Fatihah

Nordin Kadir Jdrum berkata...

Al fatihah

Simpik Alif berkata...

Al fatihah buat arwah,,,.

Arni Ns berkata...

Al-Fatihah

Khairul Millinium berkata...

Al fatihah

N Athirah Al-Labuani (Siti Puteri Rawija) berkata...

Teringat nenek

Lya Zam berkata...

al-fatihah

Blackbuhat BroYassin berkata...

Al-Fatihah.....

Masnita Othman berkata...

Benar2 terasa kehilangannya. Setiap Aidilfitri aku memeluk ciumnya, kata2 semangatnya akan selalu menjadi azimat dlm kehidupan ku..

Zaleha Hassan berkata...

kita serupa..cuma beza aku kehilngan bapa tersayang..Al fatihah..

Paklong Cikgu berkata...

alfatihah

Norgadis Labuan berkata...

Terima kasih semua...
Masnita Othman: Memang terasa kehilangannya dik.

Zaleha Hassan: Kalau kehilangan orang tua ni memang amat terasa, tidak kira si ibu atau si ayah. Moga mereka ditempatkan bersama kekasih Allah. Aamiin.

Jeferry Matasan berkata...

Al-Fatihah..

Fauzi Marzuki Fuzi berkata...

Al-Fatihah..

Zahli Mohd Ali berkata...

Mama........................

Norgadis Labuan berkata...

@Zahli Mohd Ali
Inda kau nangis Zahli?

Ramlah Hamid berkata...

semoga rohnya di tempatkan di gulungan orang orang yang solihin Amin. Alfatihah.

Dewi Othman berkata...

Al fatihah buat wawa...tersentuh hati mbaca puisi ani..

Hjh Sadiah Hj Yacob berkata...

hiba ku membaca nukilan mu ..lai.,tak sedar air mata mengalir..,.alfatihah untuk nya..

Norgadis Labuan berkata...

@Ramlah Hamid
Terima kasih friend...

@Dewi Othman
Sukar dilupakan akan kehilangannya...

@Hjh Sadiah Hj Yacob
Karya dari luahan hati yang sangat dalam, kehilangan mama amat terasa sekali....